9 November 2016 - 17:01
Para Pemimpin Dunia Yang Pernah Mengkritik Trump Ucap Tahniah Kepada Beliau.

Para pemimpin dunia yang sebelum ini mengkritik keras Donald Trump kini berhadapan dengan tugas sukar untuk menelan kembali kata-kata mereka dan mengucapkan tahniah kepada hartawan tersebut yang baru sahaja dipilih sebagai Presiden A.S yang ke-45 pada hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pemimpin dunia yang sebelum ini mengkritik keras Donald Trump kini berhadapan dengan tugas sukar untuk menelan kembali kata-kata mereka dan mengucapkan tahniah kepada hartawan tersebut yang baru sahaja dipilih sebagai Presiden A.S yang ke-45 pada hari ini.

"Saya menganggap Donald Trump sebagai individu yang sering bergantung kepada polisi menakut-nakuti (para pengundi untuk mencapai tujuan politiknya- ABNA24)," kata Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi pada April lepas. Pada hari ini, Renzi yang sebelumnya secara terbuka menyatakan sokongan beliau ke atas calon Demokrat, Hillary Clinton, mengucapkan tahniah kepada Trump ketika berucap di Rom. "Saya harapkan yang terbaik untuk beliau. Hubungan Itali dan Amerika Syarikat adalah kukuh," katanya di dalam ucapan tersebut.

Menteri Luar Argentina, Susanna Malcorra beberapa hari lepas mengatakan bahawa Trump menunjukkan sifat pemencilan dan xenofobia (perkauman) di dalam agendanya.

Kenyataan keras tersebut sepertinya sudah dilupakan beliau apabila menteri tersebut menulis di dalam sebuah laman sosial dengan mengucapkan tahniah kepada Trump. "Tahniah ke atas Donald Trump kerana terpilih sebagai Presiden A.S. Rakyat Amerika Utara sudah membuat keputusan di pusat-pusat pengundian. Tahniah ke atas demokrasi dan institusinya," tulis beliau.

Canselor Jerman pula tidak pernah menyatakan pandangan beliau ke atas Trump secara terbuka namun memandangkan Trump pernah mengkritik beliau sebagai 'menghancurkan Jerman', sukar untuk dibayangkan betapa rumit bagi pemimpin Jerman itu untuk menulis ucap tahniah beliau kepada Trump.

"Saya tawarkan kerjasama rapat (daripada Jerman-ABNA24) kepada Presiden yang baru dipilih, Trump," kata Merkel dalam kenyataanya.